Shahrir-UMNO.com | Yang Terbaik Di Kalangan Kita
AKTIVITI YB
<<  November 2008  >>
I S R K J S A
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
Isnin (17 Nov 2008)
Selasa (18 Nov 2008)
Rabu (19 Nov 2008)
Khamis (20 Nov 2008)
Jumaat (21 Nov 2008)
Sabtu (22 Nov 2008)
Ahad (23 Nov 2008)
  • 3:00pm - Perasmian program taufan kasih dan integrasi residen AADK bersama masyarakat sivil dalam parlimen johor bahru anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Johor Bahru di Pusat Khidmat AADK Desa Damai, Jalan Taruka, Johor Bahru.
MENU
Laman Utama
Biodata
Segugus Bicara
Sepatah Dua
Wawancara
Catatan Akhbar
Soal Jawab
Pautan
 
Email
Pegawai Pemantau Harga Tidak Ada Kuasa Buat Tangkapan - Shahrir (19/11/2008)  
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pegawai pemantau harga dari kalangan graduan yang dilantik Mac lepas hanya bertanggungjawab memantau harga runcit barangan keperluan pengguna setiap hari dan tidak mempunyai kuasa membuat tangkapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pegawai pemantau harga yang dilantik secara kontrak itu akan menyediakan laporan termasuk laporan harian bagi lapan barang kawalan dan laporan mingguan untuk 75 daripada 350 barangan.

Beliau berkata maklumat hasil pemantauan itu akan disalur kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan selanjutnya, selain digunakan kementerian bagi mengkaji kedudukan serta menyediakan pelan penyaluran atau pengedaran barangan perlu.
RM1.3 Bilion Urus Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negara (18/11/2008)  
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kira-kira RM1.3 bilion digunakan untuk membiayai kos operasi 105 pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sejak 2004 hingga Jun tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata seramai 440 pegawai dan kakitangan kementerian itu berkhidmat di kesemua pejabat perwakilan berkenaan sehingga bulan lepas.

Jumlah itu meliputi pegawai daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi, pengurusan dan profesional dan kakitangan kumpulan sokongan, manakala bilangan kakitangan ambilan tempatan (KAT) adalah seramai 1,350 orang, katanya dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Kerajaan Akan Putuskan Mekanisme Harga Petrol Bulan Ini (18/11/2008)  
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memutuskan mekanisme harga bagi petrol pada mesyuarat Majlis Ekonomi bulan ini, kata Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.

Kerajaan akan mengkaji sekiranya perlu untuk menetapkan harga dasar bagi petrol memandangkan prospek penurunan mendadak dalam harga minyak mentah global tidak lama lagi, katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

"Majlis itu akan membincangkan sama ada terdapat keperluan bagi harga dasar untuk petrol dan implikasinya ke atas pendapatan kerajaan," katanya.
Harga petrol, diesel turun lagi (17/11/2008)  
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

•  Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;

•  Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan

•  Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu.
Shahrir's 100 days in office - Part 1 (18/06/2008)  
Shahrir's 100 days in office - Part 2 (18/06/2008)  
Sharir: Price cuts linkely next week (24/10/2008)  
Najib on economic package (16/11/2008)  
News Daily Nov 11, 2008 (16/11/2008)  
Price cut campaign (16/11/2008)  
Price cut campaign (16/11/2008)  
Price Reduction Campaign To Be Extended To Mini Markets And Retail Shops (11/11/2008)  
KUALA LUMPUR, Nov 11 - Starting next week, the price reduction campaign will be extended to selected mini markets and retail shops in suburban areas, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister, Datuk Shahrir Samad.

He said mini market and retail shop operators had given the nod to reduce the prices of products following the recent reduction of fuel price in the country.

"The public is therefore encouraged to compare the prices before and after the campaign," he said after the launch of the campaign at a Jusco Shopping complex, here Tuesday.
Najib Minta Semua Pasar Raya Ikhlas Turunkan Harga (12/11/2008)  
PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pasar raya besar agar secara ikhlas melakukan penurunan harga dan bukan kerana sekadar mengikut arahan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata penurunan harga yang dilakukan dengan tulen akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat selepas mereka terbeban oleh krisis ekonomi global kebelakangan ini.

"Memang kita sedia maklum dengan usaha dan kempen-kempen yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai dua matlamat induk, iaitu untuk memastikan negara masih terus membangun di tengah-tengah kegawatan ekonomi global, dan menjamin pertumbuhan ekonomi pada kadar yang munasabah dengan meneruskan program-program yang berkaitan dengan rakyat.
Kempen Turun Harga Diperluas Ke Pasar Mini Dan Kedai Runcit Di Pinggir Bandar - Shahrir (12/11/2008)  
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Mulai minggu depan kempen penurunan harga barang akan diperluas ke peringkat pasar mini dan kedai runcit terpilih di pinggir bandar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata kementerian itu telah mendapat kerjasama daripada pengusaha pasar mini dan kedai runcit untuk menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak di negara ini.

"Orang ramai digalak membuat perbandingan sendiri harga sebelum dan selepas diturunkan (semasa membeli belah barangan keperluan)," katanya selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang Jusco di sini, Selasa.

Beliau berkata program itu adalah kesinambungan daripada program penurunan harga yang telah dijalankan sebelum ini di pasar raya besar.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan bahagian barangan AEON Co (M) Bhd Nakata Mitsuru berkata sebanyak 970 harga barangan di 20 gedung Jusco dan lima pasar raya MaxValue di seluruh negara, diturunkan sebanyak 12 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga asal.

"Barang-barang itu terdiri daripada barangan keperluan rumah, susu tepung, makanan, pakaian, dan produk penjagaan diri," katanya.

-- BERNAMA
AirAsia Hapuskan Surcaj Bahan Api (11/11/2008)  
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, anak syarikatny di Thailand, Indonesia dan AirAsia X telah menghapuskan surcaj bahan api bagi kesemua penerbangan domestik dan antarabangsa masing-masing mulai hari ini.

Para penumpang kini perlu membayar tambang, cukai lapangan terbang dan fi pentadbiran.

Bagaimana pun, syarikat-syarikat penerbangan berkenaan tidak menjamin surcaj itu tidak akan dikenakan semula jika harga minyak melonjak semula.
Kerajaan Kaji Tetapkan Paras Minimum Petrol (11/11/2008)  
PUTRAJAYA, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel di pasaran tempatan, walaupun harga minyak mentah di pasaran dunia masih menunjukkan trend penurunan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata melalui cara tersebut, kerajaan mungkin dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi dan seterusnya membolehkan wang tersebut digunakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, jangkaan perbelanjaan bagi pemberian rebat minyak yang dijangka mencecah RM5 bilion, dan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijangka berjumlah RM18 bilion, merupakan beban yang besar untuk negara.
Harga minyak turun lagi? (10/11/2008)  
JOHOR BAHRU 9 Nov. - Rakyat boleh mengharapkan harga petrol dan diesel lebih rendah pertengahan bulan ini jika trend penurunan harga purata bahan api itu berterusan di bawah AS$70 (RM226.10) setong pada bulan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga purata petrol adalah di bawah AS$70 setong pada lapan hari terakhir Oktober lalu dan minggu pertama bulan ini.

"Berdasarkan trend itu, pasti harga petrol akan berada di bawah AS$70 setong untuk November.
Another Fuel Price Cut Soon, Says Shahrir (10/11/2008)  
JOHOR BAHARU, Nov 9 The price of fuel may see another cut in the middle of November, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said.

The downward trend of world crude oil prices enabled fuel prices at pump stations to be reduced, he told reporters after attending a corporate social responsibility programme hosted by Malaysian Resources Corporation Berhad at Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu here.

He said that in October, the oil price was initially between US$74 and US$77 per barrel but in the last eight days of the month, it dropped to US$70.
Don't Question Any Provision In Constitution - Shahrir (10/11/2008)  
KUALA LUMPUR, Nov 6 - An Umno Supreme Council member has urged the people not to raise, question or challenge any provision in the Federal Constitution.

Datuk Shahrir Abdul Samad said the well-being of the people irrespective of their race or religion and their rights as citizens were protected as enshrined in the constitution.

"In light of the present circumstances, I feel that we should refrain from bringing up past issues," he told reporters after launching a price-cut campaign held by The Store Sri Petaling near here.
Subsidi 30 sen bantu kerajaan turun minyak lebih awal, kata Shahrir (04/11/2008)  
KUALA LUMPUR 4 Nov. — Subsidi sebanyak 30 sen membantu kerajaan menurunkan harga minyak lebih awal dan membantu rakyat serta sektor perniagaan mendapatkan harga petrol pada kadar yang lebih munasabah, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Shahrir berkata, harga minyak yang sudah turun dan strategi kerajaan mengekalkan subsidi sebanyak 30 sen membolehkan kerajaan menurunkan harga minyak lebih awal dalam Ogos dan September lepas.

“Harapannya penurunan harga minyak mentah akan dapat disampaikan kepada pengguna dan dilakukan mengikut kaedah yang lebih teratur dan berperingkat-peringkat,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) mengenai penurunan harga minyak menyebabkan kerugian ditanggung oleh syarikat gergasi minyak.
Shahrir terkejut (02/11/2008)  
PUTRAJAYA 1 Nov. - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad yang terkejut apabila namanya dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden oleh bahagian Gua Musang menegaskan beliau tidak akan bertanding jawatan lain selain MT.

Beliau bagaimanapun berterima kasih kepada perwakilan UMNO bahagian itu dan menganggap pencalonan tersebut sebagai satu penghargaan, pengiktirafan dan sokongan kepadanya.

''Tetapi, apa mampu untuk dibuat. Saya hanya mampu mengucapkan banyak terima kasih kepada UMNO Gua Musang," katanya pada sidang akhbar menjelaskan isu penurunan harga minyak di kementeriannya di sini hari ini.
Kerajaan Seharusnya Menghapuskan Subsidi 30 Sen Ke Atas Harga Bahan Api, Kata Shahrir (31/10/2008)  
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad mencadangkan supaya kerajaan menghapuskan subsidi 30 sen ke atas harga bahan api sekiranya harga di pam turun lebih rendah daripada RM1.92 seliter.

Katanya ini adalah berasaskan trend penurunan harga minyak mentah global yang berada pada harga purata AS$76.44 setong.

Shahrir berkata subsidi itu boleh digunakan untuk projek pembangunan ekonomi yang lain untuk kesejahteraan rakyat.
Harga petrol turun lagi 15 sen (31/10/2008)  
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen berkuat kuasa 1 November ini.

Dengan penurunan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 dari RM2.20 kepada RM2.05.

Harga Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05. Ini merupakan penurunan harga bahan api yang keempat dalam tempoh lebih dua bulan.
Harga Minyak Akan Dibincang Di Kabinet Esok, Kata Shahrir (30/10/2008)  
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Keputusan sama ada harga minyak akan diturunkan buat kali keempat akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebarang penurunan harga minyak akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya mendapat persetujuan daripada kalangan Jemaah Menteri yang bermesyuarat esok, katanya.

"Perkara ini perlu dibincang terlebih dahulu dan keputusan ini perlu melibatkan empat menteri iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri Kewangan II (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan saya.
Isu debat calon Ketua Pemuda UMNO -Rapatkan rakyat dengan calon – Shahrir (31/10/2008)  
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Debat di antara calon Ketua Pemuda UMNO wajar diadakan kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat bakal pemimpin masa depan, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Menurut beliau, kewibawaan dan ketokohan mereka hanya diketahui di kalangan perwakilan sahaja tetapi tidak kepada rakyat terutama ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Shahrir berkata, rakyat dan perwakilan juga ingin mengetahui visi dan wawasan kesemua calon Ketua Pemuda kerana mereka ini adalah pemimpin masa depan.
Debat Sebagai Medan Untuk Memperkenalkan Diri, Kata Shahrir (30/10/2008)  
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Debat sama ada terbuka atau tertutup sesuai diadakan bagi calon yang ingin bertanding jawatan tertinggi Umno bagi memperkenalkan diri dan prinsip perjuangan kepada perwakilan parti dan rakyat, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad.

"Saya tidak nampak masalah kalau diadakan debat. Saya percaya dengan diadakan debat di kalangan calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam parti, ia menjadi satu medan untuk rakyat dan para perwakilan mengenali dengan lebih dekat bakal pemimpin mereka," katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin baru-baru ini mencadangkan diadakan debat terbuka bagi calon-calon yang bertanding jawatan ketua pergerakan itu.
Shahrir wants petrol priced not lower than RM1.92 (30/10/2008)  
PETALING JAYA: The minimum price of petrol should be RM1.92 per litre even if the global oil price continues to fall, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said.

He said this would bring some stability to the retail price of petrol and minimise losses by petrol station owners. Setting a minimum price would also enable the Government to reduce its subsidy on petrol if the global price fell further.

“The upper limit will be RM2.70 and it is my feeling that this is the optimal range,” Shahrir said when commenting on the losses petrol station dealers face whenever the price of petrol is reduced.
Harga Barang Di Pasaraya Mula Turun (29/10/2008)  
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pasaraya-pasaraya utama di negara ini sudah menurunkan harga barangan keperluan mulai hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebagai contoh, katanya pasaraya Giant, antara yang pertama menurunkan harga barang-barang keperluan asas sehingga 30 peratus melibatkan 1,200 barang, dan langkah ini diikuti oleh pasaraya-pasaraya yang lain.

"Kita telah berunding dengan wakil semua pasaraya dan mereka sudah bersetuju untuk menurunkan harga barang di pasaraya masing-masing," katanya semasa merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang di Kinrara dekat sini, Selasa.
MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU (29/10/2008)  
berita dan gambar oleh : http://duniasunawan.blogspot.com/

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru yang diadakan di Hotel New York, Johor Bahru pada hari Ahad 26 Oktober 2008 telah mencalunkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden. Naib-Naib Presiden yang dicalunkan adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Syed Hamid Albar.




















Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shahrir Samad telah mencalunkan sendiri nama-nama tersebut untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk Naib Presiden dan telah mendapat sokongan sebulat suara dari perwakilan.

Bagi jawatan Naib Presiden, 3 nama lagi telah dicalunkan oleh perwakilan termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun beliau telah gagal dalam pengundian.


















Selain mengangkat tangan tanda sokongan, perwakilan seramai 425 orang dari 84 cawangan telah diminta berdiri dan pengiraan telah dilakukan oleh penyelaras Perhubungan UMNO Negeri dari UMNO Bahagian Tenggara yang diketuai oleh Dato' Haji Baderi Dasuki.

Dalam pemilihan Pegawai UMNO Bahagian Johor Bahru, mereka yang terpilih adalah sebagaimana berikut:-

Ketua: Datuk Shahrir Abdul Samad (Tanpa bertanding)

Timbalan ketua: Datuk Haji Ali bin Mohammad (Tanpa bertanding)

Naib Ketua: YB Haji Adam Sumiru (258) dengan mengalahkan Mohammad Kasbi (191)

Jawatankuasa: Datuk Yahya Jaafar (310), Azman Hj Dawam (286), Faizaul Azmi Haji Jaafar (278), Datuk Haji Ahmad Kemin (271), Hamid Halidek (263), Haji Abu Bakar Ibrahim, Haji Mohd Raf Murad (258), Md Zin bin Sungip (232), Faridah binti Mustafa (226), Hajah Sadiah Hussin (246), Borhan Kassim (216), Haji Abu Talib Alias (212), Haji Abd Jalil Long (202), Haji Hashim Ahmad (197), Hajah Inzura Kosnin (194), Misnan Ahmad (193), Syed Yasin Ali (189), Noraini Haji Juhari (189), Mohd Sunawan Hj Md Som (188) dan Ali Khan Isa (185).

Perwakilan G7: Datuk Haji Ahmad Kemin (221), Faridah Mustaffa (215), Datuk Yahya Jaafar (203), Haji Abu Bakar Ibrahim (171), Azman Haji Dawam (160), Hamid Halidek (160) dan Haji Abu Talib Alias (141).
Ketua Pemuda UMNO Bhg Johor Bahru (15/10/2008)  






PENGUMUMAN
"Nobody is moving out of UMNO...... none of us is leaving UMNO," said Shahrir Samad, after the meeting attended by 73 out of 79 UMNO lawmakers. | "But he has done something and has written something and it falls within a certain offence. It is not a question of retaliation. If you want to imagine it as a retaliation, everybody has an opinion," Shahrir said. | Domestic Trade and Consumer Affairs Minister and Johor Baru MP Datuk Shahrir Samad said the experiment of using live telecasts should continue to "see what happens". | Asked whether Raja Petra's case could deter the development of blogs in Malaysia, Shahrir said: "Not all blogging is about cursing people and writing bad things about everybody. There is also a lot of other blogs." | Asked if Umno's tolerance of Ong's speech can be seen as a sign of reform, Shahrir said: "It is not an issue of reform. It is an issue of implementation and how the policy is interpreted."

JARINGAN UMNO
JARINGAN KERAJAAN
JARINGAN AKHBAR
CHAT

EMAIL PEMBACA
30 May 2008
KS Ronny

Datuk Good evening to you Dato.

It was  a very dispointing to see Johor Baru the Modern  City flooding. We must not be a laughing stock to the neighbouring country.

Dato, Please ensure to come down to the field and see yourself. Whoever you are issuing the contract to make sure they carryout qulity work. Dato, nowdays as you know people are interest how much they can make but come the quality there is no compromise. Thank Dato
KS Ronny    


28 May 2008
Mohamed Ghouse

YB. Dato

Assalamu alaikum.
Congratulations on your very bold move to introduce restrictions for foreign cars to fill-up Petrol around border areas. It is a very good move made in the interest of poor and deserving Malaysians.

Terima Kasih


28 May 2008
Lai Soon Ean

YB, a blanket band on foreign registered vehicles from filling up petrol @ border towns will result in further economic hardship on the citizens of these border towns cities.

Johor Bahru's economy, a town from which you hail from YB, and whose constituents had elected you to Parliament, depends substantially on commerce with our neighbours down south. This ban will adversely affect the livelihood of Malaysians in Johor Bahru and other border towns cities.


28 May 2008
Daniel Ho

Dear YB. Dato' Shahrir,
Greetings to you sir from the state of Singapore, the purpose of my email to you sir, is to plead that you reconsider the ban on foreign cars pumping petrol.

I have been a avid supporter of your country\'s economy as I comes almost every week to enjoy the great food and entertainment your country provides. A ban like this is very harsh on us though I\'m aware of your intentions to safe keep the subsidised fuel for the fellow malaysians, I wonder if you could consider letting foreign registered vehicles pump petrol at JB or anywhere else at full price, I believe it is fair to you all and us as well since we have enjoyed the privileges.

Thanks for your time. Looking forward to your revert, Warmest regards,

Daniel Ho


28 May 2008
Kelvin

Dear Minister Datuk Shahrir Samad,

With regards to the news of "No petrol sales to foreign cars (27/05/2008)".
I would like to clarify if that ban applies to Malaysian driving
Singapore-registered car? The reason is that i'm working in Singapore and i'm travelling back to JB everyday, as my parents is base in JB. 

Please help to clarify the doubt.
Regards,
Kelvin


28 May 2008
zulhilmiahmat

Askm..Dato' disini saya ingin mengutarakan satu cadangan di parlimen johor bahru ini masih tidak terdapat Pasar Lewat Malam atau pasar pagi,sepertimana di kuala lumpur yang ada downtown cheras dan lain-lain lagi,..di kawasan johor bahru ini saya kira tidak kurang hebatnya juga jika ia dibuka,penambahan pelancong akan meningkat,unjuran ekonomi positif dan kegiatan sosial yang berfaedah.jadi cadangan saya mohon sediakan satu tempat untuk dijadikan kawasan peniaga down town bagi kawasan bandar johor bahru khasnya di parlimen Johor Bahru..Sekian.terima kasih.

27 May 2008
Aliza

Assalamualaikum wr wb
YB. Dato' Shahrir Bin Abdul Samad

Saya seorang warga Singapura yang sudah menetap di Johore bahru selama 8 tahun. Bekerja dan bermastautin in sini.

Larangan penjualan minyak kepada kenderaan asing memang tepat sekali bagi membantu kerajaan menanggung subsidi kenaikan harga minyak yg begitu tinggi. Dengan ini juga dapat membantu dan membela rakyat tempatan.

Soalan saya adalah, bolehkan larangan ini di beri pengecualian pada kenderaan asing yang di punyai oleh warga asing yang bekerja tetap (mempunyai pas pegawai dagang) seperti saya.


26 May 2008
zaide zainalabidin

Saya kurang bersetuju dengan saranan kerajaan berhubung dengan mewujudkan akta tidak membenarkan warga asing untuk mengisi minyak di kawasan sekitar 30km radius di pintu masuk negara. Akta ini akan akan memberikan kesan-kesan ekonomi dan impak yg baik dari segi persepsi jiran tetangga.

Saranan saya :
1. Mewujudkan pam-pam minyak khas bagi warga negara asing mengisi minyak.
2. Warga asing akan membayar petrol yg tidak di subsidi (mengikut harga pasaran)


26 May 2008
hasbuang

Cukuplah berpolitik.cubalah cari penyelesaian untuk menyekat kenaikan harga barang terutama harga beras.Bagi kami diSarawak harga beras dah tak boleh dibeli dengan harga dibawah rm20/10kg.Paling murah harga beras diSarawak/Kuching adalah rm26.90.Dengan harga ini bagaimana kami yang berpendapatan rendah untuk meneruskan hisup. Dato', tolonglah datang ke Kuching untuk memantau sendiri kenaikan harga barang disini.............

26 May 2008
Dr Novandri Hasan Basri - Mahathir Quits UMNO - Adab & Harapan

Penulis ingin membincangkan 4 perkara yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Isunya adalah mengenai krisis yang melanda di dalam parti UMNO.

1. Pada 23hb Mei 2008, penulis berkesempatan untuk berSMS dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengenai kekusutan dan salah faham yang timbul tentang perletakkan ahli Tun Dr Mahathir dan konsep pelan pemulihan UMNO yang dibaca di dalam media-media.

Penulis menulis, ‘Assalamualaikum Dato Seri. Can you elaborate more regarding ‘pelan pemulihan UMNO’ as discussed in MT meeting? If I may give my opinion, there’s lack of of 2 way communication between leaders and grassroots.

We’re kept in the dark, guessing & wondering without any guidance. Our point of reference are newspaper & tv & not from our own leaders.


26 May 2008
Mohamed Ghouse

YB Dato' Shahrir

Terima Kasih atas pengemuman YB Dato' tentang harga minyak baru-baru ini. Izinkan saya untuk meneruskan e-mail ini didalam Bahasa Inggeris.

To ensure that only the deserved Malaysians get the subsidy, I would encourage the Government to enfore a rationing system which can be done using the high-tech MyKad, which every Malaysian possess.

Also, please do take measures to stop Singaporeans from enjoying our subsidised petrol (By having a mechanism to allow only mykad holders are given that subsidy).