| Selamat Datang ke Laman Web saya.
Ia nya adalah sebahagian usaha dan harapan saya
untuk menghidupkan perbahasan sesama kita tentang isu semasa. Tanpa
perbahasan tidak mungkin kita boleh merumuskan sesuatu yang terbaik,
kerana tidak mungkin segala kebijaksanaan itu terdapat pada seseorang
sahaja ataupun hanya pada suatu kelompok kecil manusia.
Perbahasan merupakan satu ciri penting dalam amalan
demokrasi dan laman web ini bertujuan untuk memperkukuhkan amalan
ini. Pendapat dan pandangan dalam laman ini bukan hanya daripada
saya tetapi turut melibatkan rakan-rakan lain yang bersedia menurunkan
pandangan mereka. Asas nya ialah untuk menjolok-jolok pemikiran
kita semua.
Kerana saya orang UMNO, sudah pastilah laman ini
akan pada dasarnya mencerminkan falsafah politik UMNO, iaitu Melayu
adalah teras politik negara. Disamping itu, UMNO semenjak 1946 sentiasa
memainkan peranannya sebagai teras politik Melayu.
Bagaimanapun, kedudukan UMNO sabagai teras politik
Melayu telah tercabar kebelakangan ini. Keadaan ini di sebabkan
oleh konsep UMNO sebagai ‘Parlimen Orang Melayu’ diketepikan
pada dekad 90 an dan sepanjang sedekad itu, UMNO sendiri tidak sangat
tertumpu kepada isu dan agenda Melayu tetapi kepada soal-soal kepimpinan.
Mudah mudahan melalui laman ini, saya dapat menyumbang
secara kecil kearah menghidupkan semula suasana dan budaya bermesyuarah,
sungguhpun secara lektronik, bagi mengembalikan keyakinan terhadap
falsafah politik Melayu sebagai teras negara.
|